PROGRAM JAWAB JAYA 2009

21 JUN 2009 (AHAD) - Program Jawab Jaya PMR yang pertama peringkat PPD Kota Setar telah diadakan di SMK Langgar. Penceramah Jemputan yang hadir ialah Ustaz Nor Azam dari SMK Sg Tiang. Program ini mendapat sambutan baik daripada pihak sekolah dan serama 60 orang pelajar telah mengikuti program ini dengan jayanya. Pihak PPD merakamkan hutaan teruma ksih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. Pihak Jawatankuasa Panitia Daerah Kota Setar telah menyusun jadual program ini yang melibatkan beberapa buah sekolah daerah Kota Setar. Akan menyusul selepas ini ialah Program Gemilang dan sekolah yang terlibat ialah SMK Tajar 30 Jun 2009 manakala SMK Tunku Abdul Aziz pada 29 Jun 2009 (Program Jawab Jaya).

BENGKEL PEMURNIAN SOALAN LATIHTUBU PMR SPM BIL 2


15 JUN 2009 (ISNIN)- Bengkel Pemurnian PMR dan SPM kali kedua merupakan pemurnian terakhir bagi memastikan Siri Ulangkaji tersebut berkualiti dan menepati kehendak format soalan peperiksaan sebenar. Bengkel kali ini dilangsungkan di SMK Bukit Payong yang dihadiri seramai 32 orang GPI yang terpilih bagi pemurnian tersebut. Di Samping itu mesyuarat Program Gemilang dan Jawab Jaya juga diadakan bagi memastikan tarikh pelaksanaan dan penceramah yang terlibat. Ustaz Mohd Dzhir b Salleh Penolong PPD turut hadir memberi rangsangan kepada semua yang terlibat. Bengkel ini tamat jam 2.00 petang dan semua hasil kerja dihantar pada 18 Jun 2009 kepada Ustaz Mohd Nazri b Ishak SMK Darulaman. Terima Kasih.


Ustaz Dziaudin b Saad Pegawai J-Qaf PPD Kota Setar merangkap Timbalan Pengerusi Nadwah Kepimpinan Daerah Kota Setar merupakan orang yang bertanggungjawab memastikan program ini berjalan lancar. Kelihatan Ustaz Mohd Dzhir b Salleh Penolong PPD Kota Setar juga turut serta turun padang bersama ajk lain.

Bincang bersama Ustaz Yaakob Talib SMK Alor Janggus mengenai perubahan jadual kuliah Maghrib, Isyak dan Subuh. Kelihatan Ustaz Ibrahim b Abu Talib, Penyelia Unit Pendidikan Islam PPD Kota Setar berbual-bual bersama Ustaz Ruslim SMK Langgar.

29.MEI 2009 (4.40 PTG)

SOLAT ASAR- Tiba di Check-Point 2, semua peserta mendengar taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Kem Komanden 2 Ustaz Ahmad Zaki b Ahmad SMK Tajar mengenai cara-cara menunaikan solat di kawasan lapang. Peserta telah dibekalkan sebotol air mineral bagi tujuan wuduk. Namun bagi pelajar yang kehabisan air miniral mereka berwuduk dengan air sungai. Semua pelajar telah memakai pakaian yang bersih dan suci. setelah mendengar taklimat dengan teliti mereka menunaikan solat asar secara berjemaah di atas tanah yang suci daripada najis. Inilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

29 MEI 2009 (3.30 PTG)

EKSPLORASI ALAM- Semua peserta bergerak menuju ke check point 1 dengan berjalan kaki di bahu jalan sejauh 2.3 km. Fasilitator dan guru bertugas bergerak bersama-sama dengan peserta sambil mengawasi pergerakan mereka. Keadaan sekeliling sungguh indah dengan sawah padi luas terbentang dan udara yang nyaman tidak terasa penat walaupun telah jauh berjalan.

29 MEI 2009

KULIAH SUBUH - Semua peserta menunaikan solat subuh secara berjemaah di surau SMK Alor Janggus. Peserta bangun awal dan bergerak ke surau dalam keadaan berdisiplin serta menepati waktu. Ustaz Salleh b Yusuf selaku Imam yang bertugas dan penceramah berbangga dengan disiplin pelajar sehingga tanpa disedari kuliah subuh beliau tamat hingga jam 7.45 pagi.

28 MEI 2009 ( 9.30 MLM)

CERAMAH KEPIMPINAN - Ceramah yang bertajuk Kepimpinan Yang Berakhlak disampaikan oleh penceramah jemputan Al- fadhil Ustaz Ahmad Lutfi Aamir b Abdullah, Pensayarah Polimas, Jitra. Beliau telah menyentuh beberapa perkara yang menarik bagi membantu peningkatan akhlak pelajar dalam kepimpinan. Walaupun pada mulanya ada masalah teknikal komputer, namun peserta dapat memberi tumpuan dan minat terhadap ceramah yang disampaikan.

28 Mei 2009 (3.30 ptg)

TAKLIMAT - Sesi taklimat berlangsung pada jam 3.30 hingga 4.30 ppetang. Ustaz Mohd Nazri b Ishak SMK Darulaman merangkap Kem Komandan Nadwah Kepimpinan Islam Daerah Kotar setar sedang memberi taklimat kepada semua peserta yang terlibat. Beliau begitu bersemangat melaksanakan tugas dan amanah yang diberi kerana semua rakan yang terlibat sungguh berkomited dan berkebolehan dalam menjalankan tugas. Dua orang penghulu dan penghuluwati telah dilantik bagi memastikan pengurusan nadwah kepimpinan berjalan dengan lancar.

28 MEI 2009 (KHAMIS)

Pendaftaran Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Sekolah Menengah Daerah Kota Setar di SMK Alor Janggus pada jam 200 - 4.00 ptg. Seramai 57 orang pelajar termasuk 28 lelaki dan 29 perempuan daripada 29 buah sekolah telah berjaya mendaftarkan diri. Kursus ini melibatkan 31 orang guru yang mahir dan berpengalaman yang dilantik oleh PPD Kota Setar. Ustaz Mohd Dzhir bin Salleh (Penolong Pegawai PPD Unit Pendidikan Islam) dan Ustaz Dziaudin b Saad (Pegawai J-Qaf) berbangga dengan kehadiran semua yang terlibat. Syabas kepada semua yang terlibat. Segala kerjasama dan sumbangan anda amat dihargai.